Fundamentalisme dalam agama Fundamentalisme

Golongan fundamentalis percaya perjuangan mereka itu suci dan penting. Mereka melihat diri mereka sebagai pemelihara agama, prinsip dan doktrin penting, dan cara hidup dan jalan ke arah kebenaran. Masyarakat yang hidup dalam undang-undang dengan cara hidup agama yang jelas dalam segala aspek merupakan matlamat dan janji gerakan fundamentalis.

Golongan fundamentalis membina "tembok nilai" untuk memelihara identiti mereka bukan sahaja daripada agama lain tetapi juga versi moden atau nominal agama mereka sendiri. Dalam agama Kristian, golongan fundamentalis dikenali sebagai mereka yang "dilahirkan semula" dan Protestan yang "mempercayai injil".

Dalam Islam, terdapat golongan fundamentalis yang berjihad menentang budaya barat yang dikatakan menodai Islam yang sebenar dan memperjuangkan syariah sebagai satu cara hidup. Golongan fundamentalis terdapat juga dalam agama Yahudi, Hindu dan agama-agama lain.

Golongan fundamentalis berpegang bahawa merekalah pengikut sebenar kepercayaan agama yang dianuti berbanding dari golongan-golongan lain yang selalunya dilihat sebagai sekular ataupun mempunyai kepercayaan yang sudah tidak tulen. Golongan fundamentalis selalu mengkritik golongan lain sebagai tidak mengamalkan ajaran agama yang sebenar.

Berkaitan